LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Tips Beli Rumah Lelong Yang Perlu Anda Tahu

Tips beli rumah
lelong yang perlu anda tahu.
                    

     Membeli rumah
lelong boleh menjadi pembelian yang menguntungkan kerana harganya yang murah berbanding nilai pasaran semasa. Kali ini, kami akan kongsikan 4 tips membeli
rumah lelong yang anda perlu tahu. Teruskan membaca!

   

1.  
Semak
kelayakan dan pinjaman

Sumber:pexels.com
  

     Bagi mereka yang
ingin membeli rumah lelong melalui pembiayaan bank, semak kelayakan dan pinjaman terlebih dahulu dengan pihak bank.
Bagi memudahkan lagi pihak bank untuk menyemak kelayakan anda, sila sediakan
dokumen yang lengkap.

2.  
Beli
mengikut kemampuan kewangan

      Pertama, senaraikan
komitmen hutang lain dan perbelanjaan yang wajib bagi setiap bulan. Seterusnya,
tolak jumlah komitmen dan perbelanjaan ini daripada jumlah pendapatan anda.

      Lebihan dari
pendapatan ini merupakan anggaran jumlah ansuran bulanan yang anda mampu untuk
bayar bagi pembiayaan rumah lelong ini nanti. Melalui anggaran jumlah ansuran
bulanan ini, anda boleh merancang mengikut bajet sendiri.

      Apa yang menarik,
kami menyediakan pelbagai  pilihan
hartanah lelong di seluruh negara mengikut bajet yang anda ingini!

3.  
Lokasi
hartanah yang sesuai

      Lokasi hartanah
yang sesuai sebenarnya bergantung kepada keperluan bagi setiap individu.Pastikan
lokasi hartanah yang dipilih bebas daripada bencana alam.

      Apa yang menarik, anda
boleh membuat kajian kawasan kejiranan terlebih dahulu berbanding membeli rumah
yang masih dalam pembinaan yang masih tidak jelas daripada segi ketahanan
struktur rumah dan keadaan kawasan kejiranan.

4.
Persekitaran dengan kemudahan awam yang lengkapSumber:pexels.com

      Kawasan bandar yang
sudah matang (matured township) adalah kawasan dengan persekitaran dilengkapi
kemudahan yang serba lengkap seperti bank, balai polis, restoran,kedai runcit, balai bomba dan hospital. Selain
itu, pusat membeli-belah juga boleh dikategorikan sebagai kawasan yang sudah
matang kerana kedudukannya terletak di lokasi yang strategik berdekatan dengan
lebuh raya utama atau laluan utama yang mudah diakses oleh orang ramai.

     Dengan perkongsian
4 tips membeli rumah lelong ini, kami harap ia dapat membantu anda untuk
mendapatkan rumah lelong. Ini merupakan sebahagian daripada tip yang
dicadangankan oleh kami,  namun segala
pilihan semuanya terletak ditangan anda.











































































Posted on: 10th April 2020

Source: Lelongtips.com