LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Bajet 2019, perumahan untuk semua!

1. Dana RM 1 Bilion ditubuhkan oleh Bank Negara bagi pembelian rumah mampu milik

Mulai 1 Januari 2019, dana ini akan tersedia daripada panel bank seperti berikut:

Panel bank ini akan menawarkan kadar faedah serendah 3.5 %. Tujuan kadar faedah ini dikenalkan adalah bagi mengurangkan bebanan ansuran bulanan dan lebih mudah bagi mendapatkan kelulusan pembiayaan dan pinjaman. Dana ini akan digunakan sepenuhnya sehingga peruntukan ini habis.

Bagi pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 5000, kerajaan menyediakan peruntukan kepada Cagamas Berhad bagi menyediakan jaminan pajak gadai agar pembeli mendapat pembiayaan yang lebih tinggi termasuk bayaran deposit rumah yang sukar disediakan dan sering menjadi isu utama kesukaran membeli rumah.

3. Tempoh pembiayaan ‘loan’ rumah kerajaan dilanjutkan.

Bagi pembiayaan pertama, tempoh pembiayaan pertama dilanjutkan dari 30 tahun kepada 35 tahun manakala bagi pembiayaan kedua, tempoh pembiayaan dilanjutkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

Dengan langkah besar memberikan pengecualian ke atas prkhidmatan pembinaan dan bahan binaan, Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) akan mengurangkan harga rumah yang tidak tertakluk kepada kawalan harga  sebanyak 10%.

Bagi pembeli rumah pertama berharga sehingga RM 500 000, duti setem dikecualikan sehingga RM 300 00 yang pertama ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian. Pengecualian ini berkuatkuasa untuk tempoh 2 tahun sehingga Disember 2020.

Posted on: 12th April 2019

Source: Berita Hartanah