LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Perbezaan Jenis-Jenis Hartanah Di Malaysia


Sehingga kini, terdapat berbagai-bagai jenis hartanah kediaman di Malaysia, di mana jenis-jenis hartanah yang menjadi kebiasaan adalah banglo, rumah berkembar, teres, pangsapuri, kondominium dan lain-lain lagi.

Hartanah kediaman ini telah wujud sejak berdekad lalu dan dilindungi oleh Akta Pemajuan Perumahan (HDA), yang bertujuan melindungi kepentingan pembeli hartanah.

Ini termasuklah memberikan bantuan apabila terjadinya pertikaian antara pemaju dan pembeli; melindungi kepentingan pembeli apabila pemajuan perumahan terbengkalai; dan menetapkan peraturan dan undang-undang berhubung bilakah pemaju boleh mula mengenakan bayaran kepada pembeli.

Bagaimanapun, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, banyak jenis hartanah baru telah muncul, yang hanya menyebabkan kekeliruan di kalangan pembeli rumah. 

Antara jenis hartanah yang baru diperkenalkan di pasaran dan begitu mengelirukan ini termasuklah Loft, SoHo, SoVo, SoFo dan banyak lagi.

Apa yang lebih mengelirukan ialah hak milik tanah tersebut! Sebelum ini, hartanah kediaman disertakan dengan hak milik kediaman dan dilindungi oleh Akta Pemajuan Perumahan (HDA). 

Tetapi, sesetengah daripada jenis-jenis hartanah yang baru diperkenalkan di pasaran ini mempunyai hak milik komersial tanpa perlindungan HDA.

Oleh itu, marilah kita perhatikan jenis hartanah kediaman dan komersial yang terdapat di pasaran Malaysia kini.

1. Rumah agam / Banglo / Banglo Zero Lot / Kluster / Vila

Hartanah bertanah ini merupakan lambang kemewahan di Malaysia. Kebanyakan hartanah ini adalah hampir sama, cuma dibezakan oleh beberapa perbezaan kecil.
 Rumah agam merujuk kepada kediaman yang lebih besar daripada banglo yang mempunyai tanah yang besar.Banglo adalah serupa dengan rumah agam, tetapi lebih kecil dari segi keluasan binaan dan tanah. Rumah ini dikelilingi oleh taman.Banglo zero lot menyerupai banglo, tetapi mempunyai tanah yang sangat kecil. Rumah jenis ini selalunya terletak di penjuru bagi tujuan penggunaan tanah yang sepenuhnya.Kediaman kluster mempunyai saiz binaan yang besar, tetapi dibina dalam bentuk kluster atau berkelompok.Vila pula adalah sama dengan kediaman kluster, tetapi diberi nama yang lebih menarik. Tiada panduan yang ditetapkan mengenai bagaimana vila seharusnya dibangunkan.

Kediaman jenis ini mempunyai hak milik kediaman dan dilindungi oleh HDA.

2. Rumah berkembar / Rumah sesebuah

Ini adalah kediaman bertanah dengan hak milik kediaman, yang mempunyai ciri-ciri yang serupa.
 Rumah berkembar berkongsi dinding di tengah dengan kediaman yang bersebelahan, di mana susun aturnya adalah sama dengan rumah tersebut.Rumah sesebuah berdiri sendiri dan tidak bersambung dengan rumah yang bersebelahan dengannya. Kediaman sebegini dilindungi oleh HDA.

3. Rumah Teres / Berangkai / Berangkai luas (Superlink)

Rumah teres, berangkai, dan berangkai luas secara amnya adalah sama, dengan hanya satu perbezaan yang kecil.
 Kediaman teres adalah yang paling kecil di kalangan kediaman jenis ini, lazimnya dengan keluasan 22 kaki x 75 kaki.Rumah berangkai adalah lebih besar daripada rumah teresRumah berangkai luas adalah yang terbesar dalam jenis ini, dengan keluasan sehingga 34 kaki x 80 kaki

Logik di sebalik perbezaan nama ini adalah untuk membezakan rumah-rumah ini berdasarkan saiz mereka, supaya mudah untuk meyakinkan pelanggan untuk membeli hartanah dengan harga yang lebih tinggi. 

Hartanah jenis ini menawarkan hak milik kediaman dan dilindungi oleh HDA.

4. Rumah bandar (Townhouse)

Rumah bandar atau townhouse secara amnya adalah dua rumah dalam satu, di mana dua unit dibina di atas satu sama lain atau bersambung secara bersebelahan. 

Secara keseluruhannya, dari luar ia kelihatan seperti sebuah rumah. Kediaman jenis ini, sebagaimana yang lainnya, mempunyai hak milik kediaman dan dilindungi oleh HDA. 

5. Rumah pangsa / Pangsapuri

Ini adalah jenis pembangunan bertingkat tinggi yang asas yang telah wujud di Malaysia sejak bertahun-tahun lamanya. Kedua-dua jenis kediaman ini menawarkan unit peringkat bawahan dengan harga yang berpatutan.
 Rumah pangsa adalah kediaman lima tingkat tanpa lif yang tidak berpagar dan tidak berpengawal, dengan tempat letak kereta di luar dan tanpa kemudahan lain.Sebaliknya, pangsapuri pula adalah kediaman berpagar dan berpengawal yang ketinggiannya lebih daripada lima tingkat. Ia dilengkapi lif dan bersambung dengan tempat letak kereta luar. Ia mempunyai kemudahan asas seperti taman permainan dan landskap.

Kedua-dua jenis kediaman ini mempunyai hak milik kediaman (strata) dan dilindungi oleh HDA.

6. Kondominium / Pangsapuri Servis / Kediaman Servis / Suite Servis

Hartanah jenis ini adalah bangunan bertingkat tinggi peringkat atasan di Malaysia, di mana kondominium adalah antara hartanah yang sering menjadi pilihan. 

Pangsapuri Servis, Kediaman Servis, dan Suite Servis adalah serupa dengan kondominium, dengan beberapa perbezaan yang kecil.
 

Kondominium menawarkan kemudahan penuh, kawalan keselamatan yang ketat dan tempat letak kereta dalam bangunan atau di tingkat bawah tanah. Antara kriteria yang perlu dipenuhi sebelum sesuatu pembangunan boleh dianggap sebagai kondominium adalah ia mesti dibangunkan di tapak seluas 4,000 meter persegi atau lebih.

Pangsapuri Servis, Kediaman Servis, dan Suite Servis didatangkan dengan kemudahan pengemasan, servis bilik, perkhidmatan bellboy dan lain-lain lagi seperti hotel.

Kondominium lazimnya mempunyai hak milik kediaman dan dilindungi oleh HDA. Sementara itu, yang selebihnya mempunyai sama ada hak milik kediaman atau komersial; walaupun lazimnya mereka mempunyai hak milik komersial. 

Sekiranya hartanah tersebut mempunyai hak milik komersial, ia tidak akan dilindungi oleh HDA.

7. Emper / Loft / Dupleks

Hartanah jenis ini melambangkan kemewahan dalam bangunan bertingkat tinggi, di mana ia lebih menyerupai rumah berkembar atau rumah dua tingkat di langit.
 Emper merujuk kepada unit teratas di bangunan kediaman bertingkat tinggi, dan selalunya ia merangkumi seluruh tingkat – atau sekurang-kurangnya separuh tingkat. Walaupun dalam pembangunan sebelum ini emper dibina setingkat, trend sudah berubah dan kini kebanyakan Emper adalah kediaman dua tingkat. Lazimnya hanya terdapat satu Emper sahaja dalam satu blok bangunan bertingkat tinggi, yang menjadikannya unit yang paling mahal.Loft dan Dupleks adalah jenis hartanah yang serupa dengan nama yang berlainan. Kedua-duanya merupakan unit dua tingkat dalam sebuah bangunan kediaman bertingkat tinggi.

Semua hartanah ini mempunyai sama ada hak milik komersial atau kediaman, bergantung kepada hak milik tanah.

8. SoHo / SoFo / SoVo / Vos

Ini adalah jenis hartanah yang baru diperkenalkan di pasaran. Kesemuanya diperkenalkan di pasaran semasa pemaju dikekang oleh Akta Pemajuan Perumahan (HDA) yang membenarkan hanya 70 unit kediaman dibina pada tanah seluas 1 ekar. 

Tetapi dengan hak milik komersial, pemaju dapat membangunkan 100 unit pada tapak yang mempunyai keluasan yang sama iaitu 1 ekar. Oleh itu, pembangunan sedemikian diwujudkan kerana keuntungan tambahan yang boleh didapati.
 Unit Pejabat Kecil Pejabat Rumah (SoHo) boleh digunakan sebagai pejabat atau kediaman.Unit Pejabat Kecil Pejabat Fleksibel (SoFo) dibina untuk digunakan sebagai pejabat. Ia dinamakan sebagai pejabat fleksibel kerana beberapa unit terpilih mempunyai takat pecah di dinding untuk membolehkan pembesaran ruang.Pejabat Kecil Pejabat Versatil (SoVo) dan Suite Pejabat Versatil (Vos) tiada bezanya selain daripada namanya. Hartanah jenis ini hanya digunakan untuk tujuan komersial. 

Unit SoHo mempunyai hak milik kediaman dan dilindungi oleh HDA, manakala yang selebihnya adalah di bawah hak milik komersial tanpa perlindungan HDA.

9. Rumah Kedai

Rumah kedai adalah kediaman yang terletak di atas kedai. Walaupun kedai mempunyai hak milik komersial, terdapat kemungkinan bahawa rumah-rumah di bahagian atas dapat memperolehi hak milik kediaman. 

Bagaimanapun, ini bergantung sepenuhnya kepada pemaju, sama ada mereka berjaya memohon untuk mendapatkan hak milik kediaman bagi rumah di atas kedai tersebut. Jika pemaju tidak berjaya menukar Hak Milik Tanah kepada hak milik kediaman bagi kediaman tersebut, ia tidak akan menikmati perlindungan daripada HDA.

10. Lot Perniagaan / Lot Kedai

Unit perniagaan dan kedai agak serupa tetapi mempunyai perbezaan yang nyata.
 Unit perniagaan terletak di pusat membeli-belahLot kedai pula terletak di kawasan komersial 

Kedua-dua jenis hartanah ini mempunyai hak milik komersial dan tidak dilindungi oleh HDA.

11. Pembangunan Bersepadu atau Bercampur

Pembangunan bersepadu atau bercampur terdiri daripada berbagai-bagai komponen seperti kediaman, komersial, hiburan dan lain-lain. Sesetengah pembangunan turut merangkumi antara lainnya, pusat membeli-belah, pejabat dan taman tema.

Komponen kediaman ini mempunyai sama ada hak milik komersial atau kediaman, bergantung kepada sama ada pemaju dapat memohon hak milik kediaman bagi komponen kediaman tersebut.

Sekiranya permohonan tersebut tidak berjaya, komponen kediaman ini akan mempunyai hak milik komersial dan tidak akan dilindungi oleh HDA.

Posted on: 15th August 2018

Source: Propertyguru