LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Tanah Rizab Melayu berkeluasan hampir 5 juta hektar



KUALA LUMPUR: Sehingga 30 Jun tahun lalu, kerajaan merekodkan Tanah Rizab Melayu (TRM) seluas 4,977,083.37 hektar di 10 negeri dan wilayah, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Terengganu merekodkan keluasan terbesar TRM dengan 1,822.42 hektar, malah negeri itu turut memiliki kawasan berstatus Tanah Pegangan Melayu seluas 400,585.31 hektar.

Pulau Pinang dan Melaka tidak memiliki TRM.

Berdasarkan maklumat diterima daripada pihak berkuasa negeri, Kelantan merekodkan 1,361,114.00 hektar TRM, manakala Perak (955,587.80) dan Kedah (829,782.06).

Johor pula merekodkan 561,787.83 hektar, Pahang (444,074.90), Negeri Sembilan (226,410.02), Selangor (161,375.45), Perlis (33,540.02) dan Kuala Lumpur (1,003.56).

Nik Nazmi berkata demikian bagi menjawab soalan dikemukakan Syerleena Abdul Rashid (PH-BUKIT BENDERA) yang meminta menyatakan statistik terkini TRM setiap negeri bagi 2023.

Posted on: 10th July 2024

Source: Berita Harian