SETIAP orang mempunyai impian untuk memiliki kediaman sendiri.
Namun, membeli hartanah atau kediaman sendiri khususnya rumah pertama bukanlah semudah yang disangka.
Terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui, ditambah puluhan salinan dokumen yang perlu disediakan di samping tempoh menunggu kelulusan permohonan pinjaman perumahan yang agak panjang.
Bagaimanapun, sewaktu mempertimbangkan projek perumahan pilihan, jangan hanya meletak kepercayaan terhadap mitos tentang pembelian rumah seperti menyediakan hanya 10 peratus daripada harga rumah sebagai wang pendahuluan.
Ia benar secara teknikal, tetapi proses pembelian rumah turut meliputi pelbagai kos seperti duti setem, yuran permohonan (bagi sesetengah projek), kos penilaian, kos peguam (sesetengahnya percuma), dan insurans rumah.
Selain itu, ramai berpendapat memohon pinjaman rumah pertama bersama suami isteri, adik beradik atau ibu bapa dan anak lebih jimat.
Sebaliknya, pinjaman bersama perlu dilakukan dengan berhati-hati dan bijak kerana ia akan mempengaruhi peratusan pembiayaan rumah anda seterusnya.
Lazimnya, pembeli rumah pertama boleh memperoleh sehingga 100 peratus pinjaman daripada bank dan jumlah pembiayaan ini akan berkurangan untuk rumah kedua, rumah ketiga dan seterusnya.
Pembeli rumah pertama dinasihatkan untuk meneliti beberapa langkah komprehensif sebelum menandatangani perjanjian pinjaman perumahan seperti mengetahui matlamat untuk membeli rumah.
Teliti keperluan
Sekiranya anda membeli rumah untuk diduduki, pastikan ia memenuhi keperluan diri dan keluarga seperti berdekatan kemudahan seperti sekolah, masjid, pasaraya, restoran dan bank.
Jika anda membeli rumah untuk tujuan pelaburan, pastikan anda mengutamakan soal pulangan masa hadapan dan kaji adakah ia akan digunakan untuk mendapatkan semula pulangan modal atau sewa.
Pelbagai aspek lain perlu diambil kira seperti adakah rumah berkenaan akan mendapat permintaan pada masa sekarang dan hadapan?
Jika anda mahu mendapatkan pulangan sewa, adakah pulangan sewa rumah itu berbaloi berbanding bayaran bulanan dan juga kos-kos lain?
Teliti dan pertimbangkan persoalan ini sebelum anda membeli rumah bagi mengelakkan anda menanggung kerugian dan hutang yang banyak di kemudian hari.
Semak kelayakan
Seterusnya, semak kelayakan dan kemampuan bayaran balik pinjaman perumahan dengan bantuan jurubank atau perunding hartanah yang ditemui ketika mengunjungi rumah contoh projek perumahan pilihan anda.
Anda juga boleh membuat perkiraan kelayakan pinjaman sendiri menggunakan nisbah khidmat hutang (DSR) yang turut digunapakai pihak bank bagi menentukan sama ada anda mampu mendapat pinjaman atau sebaliknya.
Guna formula (jumlah komitmen bulanan + bayaran balik pinjaman perumahan) / pendapatan bersih.
Jumlah komitmen bulanan itu adalah total kesemua bayaran bulanan, untuk semua pinjaman yang anda ada dengan institusi kewangan termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah dan lain-lain.
Bayaran balik pinjaman perumahan yang mahu dibeli pula boleh dikira menggunakan kalkulator bayaran bulanan bank.
Pendapatan bersih pula adalah pendapatan kasar anda, selepas penolakan EPF, SOCSO, Potongan Cukai Berkala (PCB) dan zakat.
Selepas mengetahui kelayakan pinjaman perumahan, semak pula kemampuan bayaran balik pinjaman dan jadi pembeli yang bijak.
Kurangkan kos yang tidak perlu dan buat bajet bulanan. Dari sini anda akan tahu, berapa sebenarnya anda boleh peruntukkan untuk bayar komitmen rumah.
Sedia untuk memohon
Seterusnya, buat persediaan untuk memohon pinjaman perumahan seperti bayar semua komitmen pada masanya kerana kadar faedah pinjaman rumah akan jadi tinggi sekiranya anda mempunyai rekod tunggakan sebulan, malah permohonan boleh gagal sekiranya terdapat tunggakan lebih daripada tempoh itu.
Pastikan pekerjaan anda berstatus tetap kerana peratus kelulusan untuk pekerjaan berstatus kontrak adalah sangat rendah.
Semak penyata KWSP dan pastikan dokumen sokongan lengkap seperti penyata gaji, salinan kad pengenalan, penyata bank dan dokumen sokongan lain yang berkaitan.
Sediakan wang
Terdapat beberapa kos yang perlu anda bayar untuk membeli rumah dan menyediakan 13 hingga 14 peratus atau mungkin lebih seperti deposit, kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli.
Deposit rumah adalah sebanyak 10 peratus daripada harga belian, manakala 3 hingga 5 peratus adalah kos guaman dan duti setem perjanjian jual beli.
Selain daripada itu, terdapat kos tambahan lain yang bakal terlibat dalam pemilikan rumah seperti insuran MRTT dan kos penilaian rumah.
Tetapi kebanyakan pinjaman perumahan benarkan anda untuk masukkan kos ini ke dalam pinjaman. Rujuk bank untuk lebih penjelasan.
Kaji lokasi
Perkara paling penting dalam pemilikan rumah dan seringkali diabaikan adalah mengkaji lokasi kediaman bakal dibeli.
Senarai pendek lokasi mana yang sesuai, carilah rumah yang berhampiran dengan tempat kerja bagi menjimatkan kos petrol, tol dan juga masa.
Kunjungi lokasi projek dan rumah contoh untuk meneliti persekitaran, kawasan kejiranan, kemudahan sekitar seperti sekolah, pasaraya, restoran, klinik dan ciri hartanah sama ada berapa tingkat serta jenis pemandangan.
Ketika mengunjungi rumah contoh, semak dengan jurujual tentang promosi dan senarai di atas, selain tawaran pihak pemaju seperti kelengkapan rumah dan sebagainya.
Beberapa pemaju menawarkan kelengkapan rumah penuh atau separa penuh bagi menarik perhatian pembeli yang bakal memberi keuntungan dan memudahkan pembeli apabila mula mendiami kediaman berkenaan kelak.
Lengkapi keperluan pembeli
Sekiranya anda mencari unit yang berkelengkapan penuh, UEM Sunrise Berhad dan Melati Ehsan Group menawarkan projek terbaru iaitu Residensi ZIG yang dibangunkan oleh Mega Legacy (M) Sdn Bhd yang disertakan pakej hiasan dalaman penuh.
Residensi ZIG merupakan pembangunan fasa baharu di bawah salah satu kategori dalam siri produk kediaman Happy+ iaitu RISE Series yang dibina dalam perbandaran bersepadu terancang iaitu perbandaran Kiara Bay di Kepong.
Ia mempunyai tiga daerah dengan ciri-ciri yang berbeza yang boleh disesuaikan untuk gaya hidup yang berbeza.
Baru-baru ini, UEM Sunrise melancarkan Happy+ yang mengklasifikasikan produknya kepada lima kategori; KASIH Series, RISE Series, NEST Series, CLUB Series dan LUXE Series bagi memenuhi keperluan pembeli rumah dengan gaya hidup dan keperluan peringkat kehidupan yang berbeza, memberikan pengalaman pelanggan yang lebih lancar di samping memperkenal ciri-ciri inovatif ke dalam produk pada masa hadapan.
Residensi ZIG merupakan produk di bawah siri RISE yang dibina dengan reka bentuk fleksibel yang mampu diolah mengikut gaya hidup pembeli rumah dengan cadangan nilai tanpa had.
Ia sangat bersesuaian untuk golongan bujang, pasangan baru berkahwin atau penyewa yang bersedia untuk memiliki kediaman sendiri.
Residensi ZIG merangkumi kehidupan praktikal dengan persekitaran yang mengutamakan kesederhanaan, rekreasi dan kemudahan.
Ia menampilkan ciri seperti halaman yang boleh diubah suai mengikut keperluan dan cita rasa supaya pembeli dapat memanfaatkan setiap ruang dan sudut dengan berkesan.
Sebagai contoh, kawasan pengeringan pakaian turut boleh digabungkan dengan ruang kompressor penghawa dingin yang memudahkan pengeringan pakaian dengan betul.
Residensi ZIG turut menawarkan pelan terbuka bagi menyediakan ruang fleksibel yang boleh disesuaikan untuk memenuhi keperluan penghuni pada peringkat kehidupan yang berbeza.
Ia turut disertakan balkoni yang dipertingkatkan bagi menyediakan sudut gaya hidup yang juga boleh diubah menjadi ruang lain seperti ruang belajar, ruang istirahat, lanai, kawasan permainan kanak-kanak atau ruang tamu tambahan.
Residensi ZIG terdiri daripada 1,126 unit pada bangunan setinggi 57 tingkat merangkumi lima jenis susun atur seperti:
Jenis A (450 kaki persegi) – studioJenis B (898 kaki persegi) – 3 bilik + 2 bilik airJenis C (998 kaki persegi) – 3 bilik + 1 bilik belajar + 2 bilik airJenis D (1,135 kaki persegi + 13 kaki persegi ruang laman) – 4 bilik + 2 bilik airJenis E: Ciri dwi-kunci (1,198 kaki persegi + 13 kaki persegi ruang laman) – 4 bilik + 3 bilik air

Ia dibina dalam kawasan kejiranan matang dengan kemudahan lengkap dan dikelilingi oleh institusi pendidikan, institusi perubatan, pusat beli-belah, tarikan rekreasi, tarikan pelancong dan hotel.
Ia turut boleh diakses melalui persimpangan baru dan sedia ada MRR2, Persiaran Putra Bayu dan Jalan Putra Bayu, akses melalui Jalan Benteng Utara sedia ada.
Lebih daripada 30 akses gaya hidup terbaik ditawarkan di empat zon kemudahan untuk kehidupan neo-bandar.

Residensi ZIG turut menggalakkan gaya hidup sihat dengan menyediakan bilik basikal, dek meditasi, kolam pusingan, dek yoga dan bilik gim.
Residensi ZIG turut dibina berhampiran hab komersial bersama rangkaian kedai runcit The Beat yang menempatkan jenama makanan dan minuman terkenal seperti Common Space, Inside Scoop, Starbucks, Richeese Factory dan banyak lagi.
Lebih hebat, pasaraya Village Grocer akan dibuka pada Disember 2023 di The Beat untuk kemudahan para penduduk, di samping padang bola untuk peminat sukan bola sepak.
Rebut ganjaran wang tunai
Residensi ZIG merupakan salah satu pembangunan yang dipromosikan di bawah kempen Happy Hunt UEM Sunrise, selaras dengan slogan syarikatnya, Find your Happy dengan matlamat untuk menyediakan lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk memperoleh dan memenangi hadiah menarik di dalam usaha membeli hartanah impian mereka.
Bakal pembeli rumah boleh membawa pulang ganjaran wang tunai yang menarik dan hadiah bernilai sehingga RM350,000 sepanjang kempen ini berlangsung bagi memberi pengalaman yang menyeronokkan dan insentif di dalam proses pembelian hartanah mereka.
Ganjaran wang tunai yang ditawarkan adalah bernilai sehingga RM150,000 manakala hadiah yang ditawarkan adalah berbentuk peralatan rumah.
Semua ini boleh direbut apabila mereka membeli hartanah UEM Sunrise mulai sekarang hingga 31 Disember 2023.
Di samping itu, bakal pembeli rumah juga berpeluang memenangi hadiah tambahan berupa baucar beli-belah serta gajet elektronik pada akhir setiap bulan apabila mereka melawat mana-mana Pameran Hartanah Happy Hunt, jerayawara atau galeri jualan UEM Sunrise untuk mendapatkan maklumat projek dan lawatan ke unit pertunjukan projek yang mereka minati.