LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

PR1MA teroka kerjasama dengan MBSB Bank, SJKP galak pemilikan rumah



KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), MBSB Bank Bhd dan Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) berhasrat meneroka kerjasama bagi menggalakkan pemilikan rumah dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi Memorandum Persefahaman (MoU) yang ditandatangani hari ini.

Dalam kenyataan bersama, ia berkata MoU antara PR1MA dan MBSB Bank bakal menyaksikan agensi perumahan berkenaan mendapat sokongan kewangan supaya pemaju, kontraktor dan pembekal projek di bawahnya dapat memastikan projek dapat disiapkan mengikut jadual.

Dalam pada itu, PR1MA menandatangani MoU dengan MBSB Bank dan SJKP untuk memudahkan akses kepada pembeli yang ingin membeli rumah pertama mereka.

"Melalui MoU ini, ketiga-tiga pihak akan bekerjasama untuk menyediakan kemudahan pembiayaan yang menarik daripada MBSB Bank dan jaminan kerajaan daripada SJKP bagi pembeli kediaman PR1MA," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Pengerusi PR1MA, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz, berkata beliau yakin kerjasama terbaharu itu dapat menyokong aspirasi kerajaan dalam meningkatkan kadar pemilikan rumah di dalam negara.

Kerjasama antara PR1MA, MBSB Bank dan SJKP adalah seiring dengan pengumuman kerajaan dalam pembentangan Bajet 2023 yang memperuntukkan jaminan tambahan sebanyak RM3 bilion untuk Skim Jaminan Kredit Perumahan yang baharu.

Bermula 1 April 2023, kerajaan telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap yang berkelayakan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan perumahan.

Posted on: 18th July 2023

Source: Berita Harian