LelongTips.com.my
RM
RM
sq.ft
sq.ft

Bendung 'scammer' rumah sewa



Memiliki rumah sendiri dilihat sebagai satu pelaburan yang besar pada hari ini.

Bagaimanapun, ramai mengeluh kerana berasakan pemilikan rumah kini sesuatu yang sukar dicapai.

Situasi itu menyebabkan ramai memilih menyewa sambil menyimpan wang dengan harapan dapat membeli rumah idaman suatu hari nanti.

Cara terbaik elak penipuan rumah sewa:

1) Berjumpa secara bersemuka dengan pemilik rumah
Dalam apa jua keadaan, anda perlu menemui pemilik untuk rumah yang bakal anda sewa.
Ada kalanya, gerak hati lebih menyebelahi anda dan jika pemilik rumah itu kelihatan mencurigakan anda berhak membuat pilihan lain.
Selain itu, pertimbangkan terlebih dahulu kaji sewa bulanan adakah ia munasabah?

2) Kunjungi rumah yang bakal disewa
Elakkan hanya melihat rumah secara dalam talian atau hanya mendapatkan maklumat menerusi talian telefon.
Luangkan masa mengunjungi rumah untuk melihat dan merasai sendiri situasinya secara peribadi.
Perhatikan sama ada kawasan pilihan anda itu selamat umpamanya untuk berjalan sendirian pada sebelah malam.
Adakah laluan dan jalan rayanya diterangi lampu? Ini penting terutama untuk wanita yang menggunakan pengangkutan awam dan berjalan pulang seorang diri pada sebelah malam.
Malah, anda patut pertimbangkan perkara lain yang penting bagi anda. Jika gemar berlari, periksa sama ada terdapat taman rekreasi berhampiran rumah sewa terbabit.

3) Dapatkan khidmat ejen hartanah dipercayai
Biasanya ejen hartanah mengenal pasti dulu pemilik rumah sebelum mengiklankan rumah untuk disewa.
Di sini kita lihat betapa penting peranan ejen hartanah supaya anda tidak mudah ditipu.
Lazimnya ejen hartanah mempunyai akses masuk ke unit kediaman sewa.
Segala urusan penting dilakukan terlebih dahulu dengan pemilik sebelum rumah itu sedia untuk disewa.

4) Perjanjian sewa
Perjanjian sewa perlu dipersetujui kedua-dua pihak antara penyewa dan pemilik.
Segala terma dan syarat yang dikenakan akan diperakui serta ada hitam putih sebagai bukti jika ada sebarang isu yang timbul di kemudian hari.

5) Ilmu hartanah
Dalam apa jua keadaan, anda perlu menimba sebanyak mungkin ilmu hartanah tidak kira anda sebagai penyewa atau pemilik.
Persediaan ini penting supaya ilmu itu menjadi benteng untuk anda bagi mengelakkan berlaku penipuan dalam dunia hartanah.

Posted on: 1st November 2023

Source: Harian Metro